awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar hadiri mesyuarat khas dan taklimat pembangunan Sarawak

Bernama
Bernama
19/04/2025
06:10 MYT
PM Anwar hadiri mesyuarat khas dan taklimat pembangunan Sarawak
Anwar (tengah) hadir pada Mesyuarat Khas Pembangunan Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya, hari ini. -Bernama
KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Mesyuarat Khas serta Taklimat Pembangunan Negeri di Wisma Bapa Malaysia sempena lawatan kerja sehari beliau ke Kuching.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Khas serta Taklimat Pembangunan Negeri di Wisma Bapa Malaysia sempena lawatan kerja sehari ke Kuching.
  • Beliau juga menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, dan Majlis Rumah Terbuka anjuran Datuk Seri Nancy Shukri di Wisma SABATI.
  • Anwar dijadualkan berangkat pulang ke ibu negara pada 3.15 petang.

Sebaik tiba di sini Perdana Menteri terus dibawa ke Wisma Bapa untuk menghadiri mesyuarat berkenaan bersama dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, serta anggota Kabinet Negeri.
Mesyuarat berlangsung selama kira-kira sejam.
Anwar kemudiannya menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI di Stadium Perpaduan, Petra Jaya pada 12 tengah hari.
Pada kira-kira 1.50 tengah hari Anwar dijadualkan menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri di Wisma SABATI sebelum berangkat pulang ke ibu negara pada 3.15 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#lawatan kerja sehari ke Kuching
#Taklimat Pembangunan Negeri
#Mesyuarat Khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan