NATIONAL
PM Anwar harap hubungan diplomatik Malaysia, Mesir terus kukuh

Anwar (kanan) menerima kunjungan Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr (kiri) yang akan tamat perkhidmatannya esok setelah hampir empat tahun berkhidmat. -Facebook
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan diplomatik dan persaudaraan antara Malaysia dan Mesir akan terus berkembang, khususnya dalam menghadapi isu-isu global yang semakin kompleks, menerusi pelbagai medium yang dinamik dan penuh hikmah.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim berharap hubungan diplomatik dan persaudaraan antara Malaysia dan Mesir akan terus berkembang dalam menghadapi isu-isu global yang kompleks.
- Kerjasama antara kedua-dua negara merangkumi bidang ekonomi, perdagangan, pendidikan, kemanusiaan, dan pelancongan.
- Duta Besar Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr, akan tamat perkhidmatannya esok setelah hampir empat tahun berkhidmat.
"Kerjasama ini terserlah dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan perdagangan serta pendidikan, antaranya melalui penubuhan Institut Bahasa Arab hasil kerjasama pintar antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Al-Azhar di Kaherah.
"Selain itu, terdapat juga kerjasama kemanusiaan menerusi bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza, serta sektor pelancongan yang menunjukkan perkembangan positif di kedua-dua negara," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Nasr, yang telah berkhidmat sebagai Duta Besar Mesir ke Malaysia selama hampir empat tahun, akan tamat perkhidmatannya esok.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami