awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar hulur bantuan kepada aktivis awal reformasi Aisah Lamsah

Bernama
Bernama
02/04/2024
13:00 MYT
PM Anwar hulur bantuan kepada aktivis awal reformasi Aisah Lamsah
Bantuan itu disumbangkan menerusi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi yang meluangkan masa bertemu dengan aktivis berkenaan di Rantau, Negeri Sembilan hari ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan kepada aktivis awal reformasi Aisah Lamsah yang menghidap penyakit lutut kronik.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata bantuan itu disumbangkan menerusi Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang meluangkan masa bertemu dengan aktivis berkenaan di Rantau, Negeri Sembilan hari ini.
"Puan Aisah juga perlu menjaga anaknya, Muhammad Syakhir yang menghidap Spinal Ependymoma atau ketumbuhan tumor di bahagian tulang belakang.
"Penyakit ini membawa pelbagai komplikasi yang memudaratkan dan adik Syakhir memerlukan pembedahan segera.
"Saudara Farhan turut menyampaikan bantuan kepada Puan Aisah bagi pihak saya. Memohon semua untuk sama mengirim doa buat Puan Aisah dan adik Syakhir agar selamat menjalani pembedahan dan kembali sihat seperti sediakala, insya-Allah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktivis awal reformasi
#Aisah Lamsah
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#hulur bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan