awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar hulur sumbangan kepada veteran ATM Mohd Rawi yang hidap penyakit saraf

Bernama
Bernama
07/09/2025
07:17 MYT
PM Anwar hulur sumbangan kepada veteran ATM Mohd Rawi yang hidap penyakit saraf
Sumbangan Perdana Menteri disampaikan Setiausaha Politik beliau Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi Mohd Rawi di kediamannya di Taman Balok Pantai, Kuantan, Pahang. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seorang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mohd Rawi Hussin yang menghidap menyakit saraf.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri melalui Setiausaha Politiknya menyampaikan sumbangan tunai dan bakul makanan kepada Mohd Rawi Hussin, veteran ATM yang menghidap penyakit saraf.
  • Sumbangan ini sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan beliau demi keamanan negara, bersempena semangat Hari Malaysia.
  • Ahmad Farhan mendoakan kesihatan dan kekuatan Mohd Rawi serta menyifatkan pengorbanannya sebagai amal jariah yang berkekalan.

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi Mohd Rawi di kediamannya di Taman Balok Pantai, Kuantan, Pahang.
Ahmad Farhan berkata sumbangan tunai serta bakul makanan diberikan kepada Mohd Rawi sebagai tanda kasih dan penghargaan walaupun jasa dan pengorbanan beliau jauh lebih besar daripada apa sahaja yang mampu dibalas.
"Saat kami tiba di kediamannya, Pakcik Mohd Rawi Hussin tidak dapat menahan sebak. Air matanya terus mengalir sebaik kami menyapa. Beliau seorang veteran ATM yang menghidap penyakit saraf, namun kekal sabar dan tabah menghadapi kehidupan sehari-hari.
"Hari Malaysia bukan sekadar tarikh dalam kalendar, tetapi juga ruang untuk kita mengenang jasa para pejuang bangsa. Pakcik Rawi adalah antara wira itu yang pernah berkorban demi tanah air, membolehkan kita hari ini hidup dalam suasana aman dan merdeka," katanya menerusi hantaran di Facebook yang turut dikongsikan Perdana Menteri.
Ahmad Farhan turut mendoakan supaya Mohd Rawi dikurniakan kesihatan, kekuatan dan ketenangan serta menjadikan pengorbanannya sebagai amal jariah yang berkekalan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#hulurkan sumbangan
#Veteran Angkatan Tentera Malaysia
#Mohd Rawi Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan