awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
AMD sahkan Steam Machine akan mula dihantar awal tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar Ibrahim bertolak ke pejabat di Putrajaya

Hilmi Malik
Hilmi Malik
25/11/2022
01:38 MYT
PM Anwar Ibrahim bertolak ke pejabat di Putrajaya
Anwar meninggalkan kediamannya di Bandar Sungai Long kira-kira jam 9.28 pagi ini, dipercayai menuju ke Putrajaya. - Foto Astro AWANI
KAJANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan kediamannya jam 9.28 pagi ini, menuju ke Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Hari ini merupakan hari pertama beliau memasuki pejabatnya bagi memulakan tugasan rasmi di Putrajaya.
Sebelum meneruskan perjalanan, Anwar yang mengenakan baju Melayu berwarna merah jambu sempat menyapa wakil media dengan ucapan ringkas.
"Hari ini pergi kerja," katanya kepada wartawan dan jurugambar yang berkumpul di luar rumahnya.
Terdahulu, kediaman beliau di Bandar Sungai Long, di sini itu, mula dikawal ketat anggota keselamatan.
Petugas media tiba seawal jam 6.30 pagi bagi membawakan liputan pergerakan Perdana Menteri ke-10 itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula bergerak ke PMO sambil memberikan ucapan ringkas, "Hari ini pergi kerja". Beliau meninggalkan kediamannya pada jam 9.28 pagi. @501Awani #MalaysiaMemilih #PilihanMalaysia pic.twitter.com/ptioyLr8aR
— Hillmie Mallique_Awani (@hillmie93) November 25, 2022
Semalam, Anwar yang memenangi kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu berkata, kerajaan perpaduan yang ditadbirnya bakal menumpukan kepada soal pembangunan ekonomi.
Selain itu, beliau turut memberi penekanan terhadap penolakan budaya rasuah selain tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan gejala itu.
Difahamkan, beliau juga bakal menunaikan solat Jumaat di Putrajaya hari ini.
9.28 pagi: Perdana Menteri Datuk Seri @anwaribrahim keluar dari kediamannya sambil melambai tangan kepada media menuju ke bangunan Perdana Putra, Putrajaya bagi memulakan tugas sebagai Perdana Menteri ke-10 secara rasmi hari ini. Natasha Ismail | BERNAMA pic.twitter.com/o03w7632v6
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 25, 2022
Semalam, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara sekitar jam 5.06 petang.
Dalam PRU15 lalu, PH berjaya memenangi 82 kerusi Parlimen manakala Perikatan Nasional (PN) menguasai 73 kerusi, BN (30), Gabungan Parti Sarawak (GPS) (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam), Parti Warisan (tiga) manakala satu kerusi masing-masing dimenangi oleh Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) selain dua kerusi dimenangi Bebas.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PM10
#pejabat perdana menteri
#Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan