[TERKINI] SARA RM100 untuk Warganegara 18 Tahun ke Atas: Tebus Guna MyKad – Baca Panduan Penuh Di Sini
MALAYSIA

PM Anwar isytihar cuti tambahan 15 Sept sempena Hari Malaysia

Astro Awani 23/07/2025 | 03:10 MYT
Perdana Menteri Anwar memaklumkan, hari kelepasan am itu untuk meningkatkan usaha pelancongan tempatan dan memberi masa serta ruang lebih baik untuk menikmati bersama keluarga. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada 15 September 2025 sempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

Menerusi pengumuman Penghargaan untuk Rakyat Malaysia pada Rabu, Anwar memaklumkan, hari kelepasan am itu untuk meningkatkan usaha pelancongan tempatan dan memberi masa serta ruang lebih baik untuk menikmati bersama keluarga.

"Sempena Hari Malaysia 16 septmeber ini, untuk meningkatkan usaha pelancongan tempatan dan kita memberi masa dan ruang lebih baik dengan kelaurga maka saya umumkan 15 September 2025, Isnin diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

"Hari kelepasan ini bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia. Ini juga bagi memberi galakan agar rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara," ujarnya.



#Anwar Ibrahim #Perdana Menteri #Sambutan Hari Malaysia #Penghargaan untuk Rakyat Malaysia