[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
NATIONAL

PM Anwar ke Rusia esok, penuhi jemputan Presiden Putin

Khalis Khadir 12/05/2025 | 04:45 MYT
Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama pada sesi plenari forum tersebut yang dijadual berlangsung pada 16 Mei serta berucap dalam Mesyuarat Strategic Vision Group. - Gambar fail/ PMO
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia bermula esok hingga 16 Mei ini bagi memenuhi undangan Presiden Vladimir Putin.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia dari 13 hingga 16 Mei atas undangan Presiden Vladimir Putin.
  • Lawatan ini merangkumi kunjungan ke Moscow dan Kazan di mana beliau akan menyampaikan ucapan di MGIMO dan menghadiri Forum Ekonomi Antarabangsa Kazan.
  • Anwar akan bertemu dengan ahli perniagaan Rusia serta komuniti diaspora Malaysia dan mengadakan pertemuan rasmi dengan Ketua Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov.

Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, lawatan itu merangkumi kunjungan ke Moscow dan Kazan, Tatarstan.
“Di Moscow, Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan di Moscow State Institute of International Relations University (MGIMO).
“Seterusnya, satu pertemuan dengan ahli perniagaan Rusia serta komuniti diaspora Malaysia akan turut diadakan dalam kunjungan itu,” katanya dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri, pada Isnin.
Lawatan Anwar ke Kazan pula atas jemputan Ketua Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov, pada 15 dan 16 Mei ini untuk menyertai Forum Ekonomi Antarabangsa Kazan (Kazan Forum) ke-16.
“Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama pada sesi plenari forum tersebut yang dijadual berlangsung pada 16 Mei serta berucap dalam Mesyuarat Strategic Vision Group," katanya.
Tunku Nashrul berkata, Anwar juga akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Minnikhanov semasa berada di Kazan.
#Anwar Ibrahim #Vladimir Putin #Rusia #Kazan