awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar kecam serangan di Kashmir, seru keadilan dan perpaduan

Bernama
Bernama
24/04/2025
15:00 MYT
PM Anwar kecam serangan di Kashmir, seru keadilan dan perpaduan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya serangan terbaharu di Pahalgam, Kashmir yang ditadbir India, menyifatkan ia sebagai serangan yang dirancang dan tidak berperikemanusiaan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya serangan terbaharu di Pahalgam, Kashmir yang ditadbir India, menyifatkan ia sebagai serangan yang dirancang dan tidak berperikemanusiaan.
Anwar memetik laporan bahawa mangsa sengaja diasingkan sebelum dibunuh dan kekejaman itu tidak boleh diterima serta tiada tempat dalam mana-mana masyarakat bertamadun.
"Bagi pihak semua rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Kami mendoakan agar mereka yang cedera segera pulih," kata beliau menerusi hantaran Facebook hari ini.
Anwar berkata ketika saat-saat tragedi ini, kebijaksanaan dan kesabaran adalah penting dan tindakan keganasan yang boleh menyebabkan perpecahan ini tidak boleh dibiarkan.
"Sebaliknya, marilah kita mengukuhkan lagi komitmen bersama - di rantau ini dan antarabangsa - terhadap keamanan, keadilan dan maruah insan," kata beliau.
Perdana Menteri turut menyeru komuniti antarabangsa untuk menyokong usaha mengenal pasti dan mendakwa pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan terbabit.
"Kita juga perlu memastikan mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan, supaya kekejaman sebegini tidak berulang dan tidak diberi pengiktirafan," kata beliau.
Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh apabila lelaki bersenjata tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah pelancong di Kashmir pada Selasa, memaksa Perdana Menteri India Narendra Modi memendekkan lawatannya ke Arab Saudi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#kecam
#serangan di Kashmir
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan