MALAYSIA
PM Anwar kutuk serangan Israel ke atas enam negara
Anwar mengecam tindakan agresif rejim Zionis yang menyerang enam negara dalam tempoh dua minggu, disifatkan sebagai biadab dan tidak berperikemanusiaan. -Gambar fail/Bernama
ISKANDAR PUTERI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan biadab rejim Zionis yang semakin bermaharajalela melakukan serangan ke atas enam negara.
Ringkasan AI
Perdana Menteri berkata tindakan itu menunjukkan betapa agresif dan tidak berperikemanusiaan rejim berkenaan yang disokong secara terbuka oleh kuasa besar dunia.
"Satu negara boleh biadab dengan begitu rupa, dalam seminggu dua menyerang enam negara," katanya ketika berucap pada majlis penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2025, di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Anwar berkata Malaysia akan menegaskan dukungan kepada perjuangan rakyat Palestin serta mengutuk keganasan dan kebiadaban Zionis yang tidak berperikemanusiaan pada Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam yang akan diadakan di Doha, Qatar pada Isnin ini (15 Sept).
Perdana Menteri berkata beliau tidak dapat menghadiri beberapa acara rasmi diatur di tanah air yang dijadualkan pada esok dan lusa memandangkan beliau perlu menghadiri sidang berkenaan yang disifatkannya sangat penting.
Anwar menerima jemputan rasmi Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani untuk menghadiri sidang kemuncak itu bagi membincangkan situasi kritikal di Palestin, khususnya di Gaza.
Media antarabangsa melaporkan Israel melancarkan serangan ke atas enam negara dalam tempoh hanya tiga hari termasuk Qatar, Palestin, Lubnan, Syria, Tunisia dan Yaman.
Ini termasuk serangan dron terhadap sebuah kapal utama Global Sumud Flotila (GSF) di Tunisia serta serangan udara ke atas Doha di Qatar, kononnya menyasarkan kepimpinan politik Hamas.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengecam tindakan agresif rejim Zionis yang menyerang enam negara dalam tempoh dua minggu, disifatkan sebagai biadab dan tidak berperikemanusiaan.
- Malaysia akan menegaskan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin dan mengutuk keganasan Israel pada Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Doha, Qatar.
- Anwar menerima jemputan Emir Qatar untuk menghadiri sidang tersebut yang membincangkan situasi kritikal di Gaza, termasuk serangan udara Israel ke atas Doha dan kapal Global Sumud Flotila.
Perdana Menteri berkata tindakan itu menunjukkan betapa agresif dan tidak berperikemanusiaan rejim berkenaan yang disokong secara terbuka oleh kuasa besar dunia.
"Satu negara boleh biadab dengan begitu rupa, dalam seminggu dua menyerang enam negara," katanya ketika berucap pada majlis penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2025, di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Anwar berkata Malaysia akan menegaskan dukungan kepada perjuangan rakyat Palestin serta mengutuk keganasan dan kebiadaban Zionis yang tidak berperikemanusiaan pada Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam yang akan diadakan di Doha, Qatar pada Isnin ini (15 Sept).
Perdana Menteri berkata beliau tidak dapat menghadiri beberapa acara rasmi diatur di tanah air yang dijadualkan pada esok dan lusa memandangkan beliau perlu menghadiri sidang berkenaan yang disifatkannya sangat penting.
Anwar menerima jemputan rasmi Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani untuk menghadiri sidang kemuncak itu bagi membincangkan situasi kritikal di Palestin, khususnya di Gaza.
Media antarabangsa melaporkan Israel melancarkan serangan ke atas enam negara dalam tempoh hanya tiga hari termasuk Qatar, Palestin, Lubnan, Syria, Tunisia dan Yaman.
Ini termasuk serangan dron terhadap sebuah kapal utama Global Sumud Flotila (GSF) di Tunisia serta serangan udara ke atas Doha di Qatar, kononnya menyasarkan kepimpinan politik Hamas.
-- BERNAMA

#Anwar Ibrahim
#rejim Zionis
#biadab dan tidak berperikemanusiaan
#Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam