MALAYSIA
PM Anwar lancar RPN 2026-2035 pada 20 Jan, perkukuh ekosistem pendidikan negara
Kerajaan akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 yang merangkumi ekosistem pendidikan dari peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi. -Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035, sebuah rancangan strategik pendidikan nasional yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
RPN diterajui bersama oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) itu, akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20 Jan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
KPT dan KPM dalam kenyataan bersama hari ini memaklumkan pelancaran itu, merupakan iltizam kerajaan MADANI dalam memperkukuh sistem pendidikan yang bermutu, terangkum dan berdaya saing pada peringkat global.
Menurut kenyataan itu peringkat KPT, Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 merupakan dokumen hala tuju utama pembangunan pendidikan tinggi negara bagi tempoh 10 tahun akan datang, sebagai kesinambungan dan pengganti kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).
"RPTM 2026-2035 dibangunkan melalui proses libat urus berskala besar, melibatkan 181 orang pakar tempatan dan 8,226 pihak berkepentingan, merangkumi para sarjana, tokoh akademik, Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta, pihak industri serta wakil masyarakat daripada pelbagai latar belakang," menurut kenyataan bersama itu.
KPT dan KPM memaklumkan RPTM 2026-2035 merupakan dokumen yang bersifat dinamik iaitu fleksibel dan responsif terhadap perubahan landskap global serta kemajuan teknologi.
"Fokus utama pelan itu turut merangkumi pembangunan bakat pembina negara yang dipacu matlamat, berdaya tahan dan berpaksikan nilai kemanusiaan sejagat," menurut kenyataan bersama itu.
Selain itu, integrasi teknologi dan kecerdasan buatan (AI), turut akan menjadi pemboleh daya dalam kurikulum dan penyelidikan bagi melahirkan pencipta teknologi masa hadapan.
Pada masa yang sama, RPTM 2026-2035 turut memfokuskan kepada keterangkuman akses, dengan usaha memperluas pendidikan tinggi serta pemerkasaan peranan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi dan penyelidikan serantau.
Manakala, Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 yang diterajui KPM pula, akan menjadi rujukan asas pembangunan pendidikan dalam negara, selaras dengan Visi KPM: Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Rancangan itu digerakkan melalui tujuh teras strategik dan 49 prakarsa berimpak tinggi, dengan penekanan kepada peningkatan akses dan kualiti pendidikan, pembangunan potensi murid, transformasi pendidik, pemantapan prasarana dan infostruktur, tindakan bersama pihak berkepentingan serta pengukuhan kecekapan tadbir urus dan sistem penyampaian.
"Pelaksanaan RPTM 2026-2035 dan RPM 2026-2035 secara bersepadu di bawah RPN 2026-2035, mencerminkan keselarasan dasar pendidikan negara yang menyeluruh dan berfasa, bagi memastikan kesinambungan pembangunan modal insan daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi," menurut kenyataan bersama itu.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Kerajaan akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 yang merangkumi ekosistem pendidikan dari peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi.
- RPN diterajui oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) serta akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 dan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 merupakan asas pembangunan pendidikan negara untuk tempoh 10 tahun akan datang.
RPN diterajui bersama oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) itu, akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 20 Jan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
KPT dan KPM dalam kenyataan bersama hari ini memaklumkan pelancaran itu, merupakan iltizam kerajaan MADANI dalam memperkukuh sistem pendidikan yang bermutu, terangkum dan berdaya saing pada peringkat global.
Menurut kenyataan itu peringkat KPT, Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 merupakan dokumen hala tuju utama pembangunan pendidikan tinggi negara bagi tempoh 10 tahun akan datang, sebagai kesinambungan dan pengganti kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).
"RPTM 2026-2035 dibangunkan melalui proses libat urus berskala besar, melibatkan 181 orang pakar tempatan dan 8,226 pihak berkepentingan, merangkumi para sarjana, tokoh akademik, Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta, pihak industri serta wakil masyarakat daripada pelbagai latar belakang," menurut kenyataan bersama itu.
KPT dan KPM memaklumkan RPTM 2026-2035 merupakan dokumen yang bersifat dinamik iaitu fleksibel dan responsif terhadap perubahan landskap global serta kemajuan teknologi.
"Fokus utama pelan itu turut merangkumi pembangunan bakat pembina negara yang dipacu matlamat, berdaya tahan dan berpaksikan nilai kemanusiaan sejagat," menurut kenyataan bersama itu.
Selain itu, integrasi teknologi dan kecerdasan buatan (AI), turut akan menjadi pemboleh daya dalam kurikulum dan penyelidikan bagi melahirkan pencipta teknologi masa hadapan.
Pada masa yang sama, RPTM 2026-2035 turut memfokuskan kepada keterangkuman akses, dengan usaha memperluas pendidikan tinggi serta pemerkasaan peranan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi dan penyelidikan serantau.
Manakala, Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 yang diterajui KPM pula, akan menjadi rujukan asas pembangunan pendidikan dalam negara, selaras dengan Visi KPM: Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
Rancangan itu digerakkan melalui tujuh teras strategik dan 49 prakarsa berimpak tinggi, dengan penekanan kepada peningkatan akses dan kualiti pendidikan, pembangunan potensi murid, transformasi pendidik, pemantapan prasarana dan infostruktur, tindakan bersama pihak berkepentingan serta pengukuhan kecekapan tadbir urus dan sistem penyampaian.
"Pelaksanaan RPTM 2026-2035 dan RPM 2026-2035 secara bersepadu di bawah RPN 2026-2035, mencerminkan keselarasan dasar pendidikan negara yang menyeluruh dan berfasa, bagi memastikan kesinambungan pembangunan modal insan daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi," menurut kenyataan bersama itu.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah yang akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035?
A: Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Q: Apakah yang dimaksudkan dengan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035?
A: Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 merupakan dokumen hala tuju utama pembangunan pendidikan tinggi negara untuk tempoh 10 tahun akan datang. - Q: Berapakah bilangan pakar tempatan dan pihak berkepentingan yang terlibat dalam pembangunan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035?
A: Pembangunan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026-2035 melibatkan 181 orang pakar tempatan dan 8,226 pihak berkepentingan dari pelbagai latar belakang.
#Anwar Ibrahim
#Rancangan Pendidikan Negara RPN
#ekosistem pendidikan
#peringkat sekolah
#pendidikan tinggi