MALAYSIA
PM Anwar lawat Pulau Pinang dan Sungai Petani, rasmi Galeri Arkeologi Guar Kepah
Galeri Arkeologi Guar Kepah ialah inisiatif penting Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang akan melengkapkan peta pelancongan arkeologi wilayah utara Semenanjung itu. --fotoBERNAMA
GEORGE TOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah bagi menghadiri beberapa program rasmi termasuk pelancaran Galeri Arkeologi Guar Kepah di Penaga dekat sini.
Lawatan kerja Anwar yang juga Menteri Kewangan dimulakan dengan Majlis Perasmian Bangunan Baharu Hospital Seberang Jaya di Perai, yang bertujuan meningkatkan kapasiti dan mutu perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di Seberang Perai serta kawasan sekitarnya.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kemudian dijadual menghadiri Majlis Perasmian Karnival Kebudayaan MADANI dan Kenduri Rakyat Pulau Pinang 2026 di Permatang Pauh, seterusnya menghadiri Majlis Perasmian Masjid Jamek Kubang Ulu di Kubang Semang.
Pada sebelah petang pula, Anwar akan menghadiri Majlis Perasmian Seberang Perai Aspire Centre dan Santuni Komuniti di pekarangan Menara Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sebelum merasmikan Galeri Arkeologi Guar Kepah, inisiatif penting Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang akan melengkapkan peta pelancongan arkeologi wilayah utara Semenanjung itu.
Galeri berkenaan bakal menempatkan khazanah warisan negara, Koleksi Rangka Guar Kepah termasuk kotak asal penyimpanan yang dibawa pulang dari Belanda pada 30 Ogos tahun lepas selain merupakan tapak Bukit Cengkerang Kepah yang mendedahkan bukti masyarakat prasejarah Neolitik di Pulau Pinang yang berusia kira-kira 5,000 hingga 6,000 tahun.
Beliau akan mengakhiri lawatan dengan menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Himpunan "Gema Pendekar MADANI" Zon Utara 2026 dan Kejuaraan Silat Terbuka Piala Pendekar Utama Negara Dato' Dr Raja Abdul Majid yang berlangsung di Dewan Kenangan, Majlis Perbandaran Sungai Petani di Kedah pada 8.30 malam.
-- BERNAMA