MALAYSIA
PM Anwar lawat Sabah dua hari bermula hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu tengah hari tadi untuk lawatan dua hari ke Sabah. - Gambar fail/Bernama
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Tanjung Aru di sini pada 1.45 tengah hari untuk memulakan lawatan dua hari ke Sabah.
Ringkasan AI
Beliau dijadual menghadiri Dialog Anak Muda bersama Perdana Menteri pada 2 petang di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC) Penampang sebelum menghadiri Program Ziarah Kasih Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas di Kampung Duvanson, Putatan.
Anwar turut dijadual melawat mangsa kebakaran Kampung Petagas pada 4.20 petang sebelum menghadiri Ceramah Perdana dan makan malam bersama masyarakat Cina Kota Kinabalu di Putera Ballroom, Kampung Padang di sini.
Beliau kemudian akan menghadiri Ceramah Perdana PM Sayang Sabah DUN Petagas pada 8.30 malam di Hotel Pan Borneo diikuti ceramah sama di DUN Inanam di tapak letak kereta Inanam New Township.
Esok, Perdana Menteri dijadual mengadakan Program Ramah Mesra bersama pimpinan masyarakat DUN Tulid pada 10.30 pagi di Padang Kampung Menawo Ulu, Tulid, Keningau dan Program Ramah Mesra di DUN Melalap pada 12.20 tengah hari di Dewan Datuk OKK Sanggau Jalang, Tenom
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 Nov manakala undi awal pada 25 Nov.
Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan dua hari ke Sabah, termasuk dialog dengan anak muda dan menghadiri program ziarah kasih di beberapa tempat strategik.
- Anwar dijadual melawat mangsa kebakaran Kampung Petagas dan mengadakan ceramah serta makan malam bersama masyarakat Cina di Kota Kinabalu.
- Suruhanjaya Pilihan Raya telah tetapkan tarikh pengundian PRN Sabah ke-17 pada 29 Nov dengan undi awal bermula pada 25 Nov; berita terkini boleh diperoleh di laman web https://prn.bernama.com/sabah/index.php.