MALAYSIA
PM Anwar luang masa santuni rakyat di Program MADANI Rakyat Melaka
Anwar menyaksikan pertukaran MoU kolaborasi strategik prmbangunan Perwira Super App di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dan PERNAMA Network Sdn. Bhd hari ini. - Foto Bernama
JASIN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa hampir satu jam menyantuni ribuan rakyat sempena Program MADANI Rakyat 2025 Melaka yang berlangsung di Politeknik Merlimau di sini.
Ringkasan AI
Anwar tiba sekitar 11.30 pagi dan diiringi Menteri Pertahanan Datuk Seri Khaled Nordin, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Azhar Arshad.
Selepas merasmikan program berkenaan, beliau menyaksikan majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) kolaborasi strategik pembangunan Perwira SuperApp di pavilion Kementerian Pertahanan (MINDEF).
MoU itu ditandatangani antara Ketua Setiausaha MINDEF Datuk Lokman Hakim Ali dan Pengerusi Pernama Network Sdn Bhd Datuk Omar Shariff Mydeen.
Perwira SuperApp ialah aplikasi rasmi yang dibangunkan khas untuk komuniti MINDEF, meliputi anggota tentera, veteran, kakitangan awam, pasukan simpanan dan ahli keluarga mereka.
Aplikasi itu berfungsi sebagai hab digital sehenti yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan, kewangan, pendidikan, kesihatan dan gaya hidup.
Perdana Menteri turut menyaksikan pertandingan tarik tali di kawasan aktiviti Sukan Permainan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum menghadiri kenduri rakyat di khemah Selera Melaka.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyantuni ribuan rakyat sempena Program MADANI Rakyat 2025 di Politeknik Merlimau, Melaka, dan turut merasmikan pelancaran serta menyaksikan pertukaran MoU pembangunan Perwira SuperApp.
- Perwira SuperApp merupakan aplikasi digital khas untuk komuniti MINDEF, merangkumi pelbagai perkhidmatan kerajaan, kewangan, pendidikan, kesihatan dan gaya hidup untuk anggota tentera, veteran, kakitangan awam dan keluarga mereka.
- Anwar turut menyaksikan pertandingan tarik tali dan menghadiri kenduri rakyat, sebagai sebahagian daripada pengisian program yang bertujuan mendekatkan pemimpin dengan rakyat.