PM Anwar mahu bincang isu perdagangan, kemerdekaan Palestin dengan Trump

Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bersama moderator, Lorraine Hahn, ketika PNB Knowledge Forum 2025, di sini, hari ini. - Gambar/ Astro AWANI/ Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Beberapa perkara berkaitan kepentingan perdagangan Malaysia dan usaha keamanan global, termasuk isu Gaza akan dibincangkan secara tertutup bersama Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berbincang secara tertutup dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, melibatkan isu perdagangan Malaysia dan keamanan global termasuk Gaza.
- Anwar menyatakan Trump menunjukkan sikap positif dalam menghentikan pengeboman di Gaza, hasil dua panggilan telefon yang mesra dan menyokong.
- Malaysia mengekalkan hubungan kukuh dengan Amerika Syarikat dan negara ASEAN bagi memperkukuh kedudukan perdagangan dan pelaburan di peringkat antarabangsa.
Perdana Menteri menegaskan, beliau mahu memanfaatkan peluang itu apabila Trump hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 kerana beliau percaya, ruang itu akan memberi manfaat kepada masyarakat dunia, apabila isu yang akan dibicarakan itu bersifat kepentingan global.
“Ini termasuk isu yang menjejaskan Palestin. Apa sahaja yang mungkin menjadi keraguan anda, anda mesti mengiktiraf hakikat bahawa Trump telah melakukan khidmat besar dalam menghentikan sekurang-kurangnya pengeboman di Gaza,” tambah beliau.
Bagaimanapun, kata Anwar, cabaran sebenar di sebalik usaha Trump itu adalah untuk memastikan Palestin benar-benar berdaulat, selamat dan merdeka.
“Cabaran kita, sudah tentu, adalah memastikan keamanan terpelihara, keadilan tertegak dan akhirnya kepentingan serta aspirasi sah rakyat Palestin diberikan, diiktiraf hak mereka,” ujarnya.
Perdana Menteri turut mengingatkan, kerjasama dan hubungan yang kukuh dengan Amerika Syarikat serta negara jiran ASEAN adalah penting untuk memajukan kepentingan Malaysia di pentas antarabangsa.
“Kita mengekalkan hubungan kukuh dan persahabatan dengan Amerika Syarikat. Pelaburan besar, perdagangan dengan Eropah, dan kini kita kembali sebagai negara perdagangan yang aktif. Kesemua ini penting untuk Malaysia,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami