MALAYSIA
PM Anwar mengadakan lawatan kerja ke Tawau
Program beliau bermula pada 9.30 pagi dengan Majlis Peluncuran Blok Baharu Hospital Tawau. - Foto BERNAMA
TAWAU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja di sini pagi ini, dengan tiga program utama dijadualkan berlangsung.
Program beliau bermula pada 9.30 pagi dengan Majlis Peluncuran Blok Baharu Hospital Tawau.
Selepas itu, Anwar dijadual meluangkan masa untuk sesi walkabout dan beramah mesra bersama penduduk setempat di Pasar Semarak pada 11.15 pagi.
Program terakhir Perdana Menteri di Tawau hari ini ialah Majlis Perasmian Program Jelajah Malaysia di Taman Semarak, yang dijangka bermula sekitar 11.35 pagi.
-- BERNAMA

#Anwar Ibrahim
#lawatan kerja
#Majlis Peluncuran Blok Baharu Hospital Tawau
#Majlis Perasmian Program Jelajah Malaysia