PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah hari keputeraan Agong

Bernama
Julai 30, 2023 07:51 MYT
Anwar mendoakan semoga Al-Sultan Abdullah sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya. - Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-64 Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mendoakan semoga Al-Sultan Abdullah sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.
"Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-64, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta jajahan takluknya.
"Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Kebawah Duli Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Dirgahayu Tuanku," kata Anwar.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #Yang di-Pertuan Agong #Hari Keputeraan #Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah