awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar mohon maaf kepada warga Taman Medan, Dusun Tua

Bernama
Bernama
05/08/2023
03:20 MYT
PM Anwar mohon maaf kepada warga Taman Medan, Dusun Tua
ANWAR: Saya ingin mengajak semua pendukung perpaduan untuk hadir bersama dan nyatakan sokongan kepada calon PH-BN di Selangor. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada warga Taman Medan dan Dusun Tua atas ketidakhadiran beliau ke Jelajah Perpaduan MADANI yang diadakan di kedua-dua lokasi itu Khamis lepas.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau tidak dapat hadir di kedua-dua lokasi itu kerana perlu menyantuni dan meraikan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah yang mengadakan lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari bermula 2 Ogos lepas.
Justeru, sebagai ganti kepada acara itu beliau akan turun padang ke Taman Medan pada pukul 9 malam esok (Ahad), diikuti Ampang (10 malam) dan Hulu Kelang (11 malam).
"Saya ingin mengajak semua pendukung perpaduan untuk hadir bersama dan nyatakan sokongan kepada calon PH-BN di Selangor," kata Anwar.
Khamis lepas Anwar asalnya dijadual menghadiri ceramah umum perpaduan di Taman Medan pada pukul 10 malam dan Dusun Tua (11 malam) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRN di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu pada 12 Ogos, manakala pengundian awal pada 8 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Selangor
#Anwar Ibrahim
#lawatan rasmi Sultan Brunei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan