awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar pengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025

Bernama
Bernama
06/03/2025
05:45 MYT
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025 di Kompleks Kementerian Kewangan.
  • Mesyuarat ini menjadi platform rundingan antara kerajaan Persekutuan dan negeri mengenai hal ehwal kewangan.
  • Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, menteri Kabinet, dan pegawai tertinggi kerajaan Persekutuan serta negeri.

Beliau yang juga Menteri Kewangan tiba di Kompleks Kementerian Kewangan (MOF) pada 11.30 pagi, dan sejurus tiba, beliau beramah mesra dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri atau wakil dari setiap negeri yang turut menghadiri mesyuarat itu.
Turut hadir, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, serta menteri Kabinet lain, dan pegawai tertinggi kerajaan Persekutuan serta negeri.
Mesyuarat tahunan ini menjadi platform rundingan antara kerajaan Persekutuan dan negeri mengenai hal ehwal kewangan.
Mesyuarat berkenaan dijangka berlangsung selama kira-kira sejam, dan MOF akan mengeluarkan kenyataan berhubung hasil perbincangan mesyuarat itu kemudian.
Antara yang hadir Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun yang menwakili Ketua Menterinya Datuk Seri Hajiji Noor.
Turut kelihatan termasuk, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025
#Kementerian Kewangan
#kerajaan Persekutuan dan negeri
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan