MALAYSIA
PM Anwar pengerusikan mesyuarat MB dan KM, fokus penyelarasan pembangunan negara
Perdana Menteri berkata mesyuarat ini merupakan ruang penting untuk memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. -Foto Facebook Anwar Ibrahim.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang ke-146, di Pejabat Perdana Menteri, di sini, hari ini.
Ringkasan AI
Perdana Menteri berkata mesyuarat ini merupakan ruang penting untuk memperkukuh kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
“Mesyuarat ini merupakan platform penting yang memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya dalam menyelaras dasar serta inisiatif pembangunan secara bersama,” katanya.
Tambah beliau, kerjasama ini turut dapat memastikan agenda pembangunan negara berjalan lancar.
“Melalui sinergi ini, kita dapat memastikan pelaksanaan agenda pembangunan negara berjalan lancar, menyeluruh dan inklusif demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Malaysia secara keseluruhan,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian melalui kenyataannya yang disiarkan melalui Facebook rasminya pada Isnin.
Beliau turut mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bagi membincangkan pelbagai perkara berkepentingan bersama.
Anwar selaku Perdana Menteri ke-10 turut menekankan kepentingan yang erat antara kedua-dua negeri Borneo itu.
“Saya sentiasa menekankan betapa pentingnya hubungan erat dan kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya Sabah dan Sarawak.
“Ini bakal membantu menjayakan agenda nasional berteraskan pembangunan yang inklusif dan seimbang demi kemajuan bersama seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-146 sebagai platform memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
- Mesyuarat ini bertujuan menyelaras dasar dan inisiatif pembangunan secara bersama agar pelaksanaan agenda pembangunan negara berjalan lancar, menyeluruh dan inklusif.
- Anwar turut mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak dan Ketua Menteri Sabah bagi membincangkan perkara berkepentingan bersama serta menekankan kepentingan hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri Borneo.