awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri

Bernama
Bernama
10/02/2026
09:30 MYT
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
Mesyuarat itu memberi tumpuan kepada usaha mempererat kerjasama kedua-dua peringkat kerajaan, khususnya dalam penyelarasan dasar serta pelaksanaan inisiatif pembangunan secara bersama. -Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-148 di Bangunan Parlimen di sini bagi memperkukuh penyelarasan gerak kerja antara pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-148 untuk memperkukuh penyelarasan kerja antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
  • Mesyuarat memberi tumpuan kepada usaha mempererat kerjasama antara kedua-dua peringkat kerajaan dalam penyelarasan dasar serta pelaksanaan inisiatif pembangunan yang lebih tersusun dan berkesan.
  • Anwar menegaskan pentingnya setiap dasar dan inisiatif pembangunan memberi kesan positif kepada kehidupan rakyat dengan memberi penekanan kepada aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata mesyuarat itu memberi tumpuan kepada usaha mempererat kerjasama kedua-dua peringkat kerajaan, khususnya dalam penyelarasan dasar serta pelaksanaan inisiatif pembangunan secara bersama yang lebih tersusun dan berkesan.
Anwar turut menegaskan setiap dasar serta inisiatif pembangunan yang dilaksanakan perlu memberi kesan positif kepada kehidupan rakyat.
"Penekanan turut diberikan kepada aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat, agar setiap keputusan dan perancangan yang digariskan dapat diterjemahkan kepada manfaat yang nyata dan dirasai secara langsung oleh rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan," katanya.
Mesyuarat berkala itu menjadi platform penting untuk menyelaras isu berkepentingan nasional serta memantapkan hubungan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa tujuan utama Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-148 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim? A: Mesyuarat itu diadakan bagi memperkukuh penyelarasan gerak kerja antara pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
  • Q: Apa yang ditegaskan oleh Anwar Ibrahim berkenaan dasar serta inisiatif pembangunan yang dilaksanakan? A: Anwar menegaskan bahawa setiap dasar serta inisiatif pembangunan perlu memberi kesan positif kepada kehidupan rakyat, khususnya dalam aspek kebajikan dan kesejahteraan mereka.
  • Q: Mengapakah penekanan diberikan kepada aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat dalam mesyuarat tersebut? A: Penekanan diberikan bagi memastikan keputusan dan perancangan yang digariskan dapat diterjemahkan kepada manfaat yang nyata dan dirasai secara langsung oleh rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan.

Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kerajaan Persekutuan
#Ketua Menteri
#Menteri Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan