PM Anwar rafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Perak

Fahmi Izuddin
November 3, 2023 02:20 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar mendoakan semoga Sultan Nazrin, Raja Permaisuri dan seluruh kerabat diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayahNya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
“Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Paduka Seri Sultan dan Raja Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja dianugerahkan keafiatan, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayahNya.
“Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dengan adil dan saksama,” kata Perdana Menteri lagi.
#PM Anwar Ibrahim #Keputeraan Sultan Perak #Sultan Nazrin Muizzuddin Shah #Perak Darul Ridzuan