NATIONAL
PM Anwar rafak sembah, zahir ucapan tahniah sempena Keputeraan Sultan Pahang
Menerusi catatan di laman Facebook hari ini, Perdana Menteri mendoakan baginda serta seluruh kerabat Diraja Pahang agar sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta terus dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan penuh kedaulatan. -Facebook
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-65 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menerusi catatan di laman Facebook hari ini, Perdana Menteri mendoakan baginda serta seluruh kerabat Diraja Pahang agar sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta terus dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan penuh kedaulatan.
"Daulat Tuanku," katanya.
-- BERNAMA
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Anwar Ibrahim
#Sultan Pahang
#ulang tahun hari keputeraan