Skip to main content

Malaysia

PM Anwar rasmi majlis penutup MAHA 2026 esok

BUKIT MERTAJAM, 29 Ogos -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran Skim Usahawan Bangkit (SUB) MADANI Permatang Pauh di Yayasan Aman hari ini.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Anwar dijadual tiba pada 10.30 pagi sebelum menyampaikan Amanat Penutup di Dewan D2 serta menyempurnakan gimik penutup MAHA 2026. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

SERDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan majlis penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini esok.

Berdasarkan atur cara program, Anwar dijadual tiba pada 10.30 pagi sebelum menyampaikan Amanat Penutup di Dewan D2 serta menyempurnakan gimik penutup MAHA 2026.

Program diteruskan dengan penyampaian Anugerah Agro serta lawatan Perdana Menteri ke tapak pameran sebelum majlis berakhir pada 12 tengah hari.

Turut dijangka hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta Timbalan-Timbalan Perdana Menteri.

Edisi ke-14 MAHA itu berlangsung selama 10 hari bermula 28 Ogos hingga 6 Sept.

MAHA merupakan platform utama sektor pertanian negara yang menghimpunkan pemain industri, agensi kerajaan, usahawan serta institusi penyelidikan dan pendidikan tinggi bagi mengetengahkan inovasi, teknologi dan peluang perniagaan dalam sektor agromakanan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement