awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar rayu anggota polis perangi jenayah bersungguh-sungguh

Azib Zikry
Azib Zikry
25/03/2024
03:45 MYT
PM Anwar rayu anggota polis perangi jenayah bersungguh-sungguh
Anwar berucap pada sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merayu anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya memerangi jenayah rasuah dengan bersungguh-sungguh.
Beliau mengakui budaya rasuah lebih susah ditangkis jika ia sudah berada dalam sistem, namun ia memerlukan disiplin dan integriti yang kukuh dalam kalangan anggota polis untuk menanganinya.
“Masalah rasuah itu harus diperangi secara bersungguh-sungguh. Saya merayu kepada rakan-rakan, selain Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pasukan PDRM harus terus depani masalah ini dengan tegas dan berani, untuk menyelamatkan bangsa dan negara.
“Selain tidak mensia-siakan pengorbanan ibu bapa, termasuk anggota polis yang telah terkorban sebelum ini,” tambahnya.
Anwar berkata demikian pada Majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 Tahun 2024 di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pulapol, di sini.
Beliau menegaskan, pendakwaan jenayah harus dilakukan tanpa mengira sama ada tertuduh berpangkat besar atau tidak.
Justeru, kekuatan anggota polis perlu digerakkan dalam menumpaskan apa juga jenayah atau kesalahan yang melanggar undang-undang negara.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#integriti
#SPRM
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan