KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar majlis selawat dan munajat sentiasa diterapkan di seluruh negara bagi meningkatkan ilmu dan kefahaman mengenai Islam.
Selain itu, Perdana Menteri berkata selari dengan Konsep Madani, perpaduan perlu dimanfaatkan secara bersama demi mengangkat martabat 'karamah insaniah' (menghormati martabat keinsanan dan maruah manusia).
“Saya sebutkan di sini majlis-majlis seperti ini yang merupakan majlis munajat dan majlis ilmu, ini patut kita terapkan.
“Sebab itulah saya mengambil peluang meraikan para habib dan masyaikh untuk bersama dan mengajak rakan-rakan seluruh negara menjadikan majlis seperti ini sebagai majlis yang segar.
“Malaysia Madani bererti semaraknya semangat umat untuk sentiasa berselawat kepada junjungan besar Rasulullah S.A.W dan menggunakan majlis seperti ini bagi mengangkat kefahaman dan ilmu,” katanya di sini pada Sabtu malam.
Perdana Menteri berucap pada Program Selawat dan Munajat Perdana untuk Malaysia yang diadakan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.
Beliau tiba pada sekitar pukul 7.53 malam diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak untuk bersama-sama lebih 15,000 umat Islam pada program berkenaan.
Berucap lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan boleh merangka dan mengadakan strategi ekonomi dan budaya, tetapi ia harus bertawakal kepada Allah S.W.T.
Dalam setiap perancangan, beliau menambah, terasnya adalah keyakinan kepada Allah S.W.T, selain mendekati Rasulullah S.A.W melalui selawat ke atasnya.
Hasimi Muhamad
Sat Mar 11 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama jemputan ketika hadir pada program Selawat dan Munajat Perdana Untuk Malaysia bertemakan Mahabbah Rasulullah Asas Kejayaan Malaysia MADANI' hari ini. - Foto BERNAMA
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
PM Anwar saran majlis selawat, munajat diterap seluruh negara untuk fahami Islam
Perdana Menteri menyarankan agar majlis selawat dan munajat sentiasa diterapkan di seluruh negara bagi meningkatkan ilmu dan kefahaman mengenai Islam.