awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila

Bernama
Bernama
20/12/2022
03:49 MYT
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ahli Parlimen seharusnya sentiasa menjaga kemulian Dewan Rakyat dan tidak membiarkan rakyat mentertawakan mereka dengan pelbagai kerenah yang ditunjukkan kerana ia turut dapat ditonton.- Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Ahli-ahli Parlimen supaya untuk menjaga adab dan susila masing-masing serta tidak melanggar batas peraturan yang ditetapkan semasa persidangan Dewan Rakyat.
Beliau berkata, Ahli Parlimen seharusnya sentiasa menjaga kemuliaan Dewan Rakyat dan tidak membiarkan rakyat mentertawakan mereka dengan pelbagai kerenah yang ditunjukkan kerana ia turut dapat ditonton.
"Boleh berbeza pendapat, boleh bertengkar tetapi harus jaga kemuliaan Dewan ini dengan tidak (bersikap) keterlaluan kerana ini akan ditertawakan rakyat yang melihat seluruh Dewan ini menjadi gelanggang seperti mana yang disebut dalam media sosial, sarkas.
"Saya bagi jaminan, kita akan beri sokongan penuh kalau tindakan itu perlu dikenakan ke atas Ahli-ahli Berhormat daripada Kerajaan Perpaduan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan peruntukan khas (Bajet Mini) bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650 di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar juga meminta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof selaku Ketua Whip Kerajaan Perpaduan agar memaklumkan kepada Ahli Parlimen Kerajaan untuk menjaga tatasusila, adab serta peraturan dan berharap perkara yang sama turut dilakukan oleh pihak pembangkang.
Sementara itu, Perdana Menteri menzahirkan penghargaan kepada Ahli Parlimen yang memberikan sokongan kepada beliau menerusi Usul Undi Percaya yang diluluskan dengan lebih suara bersetuju di Dewan Rakyat semalam.
"Terima kasih kepada Ahli Parlimen termasuk pembangkang yang menyatakan Usul Undi Percaya mengenai keabsahan tidak diperlukan.
"Itu bermakna mereka menerima kenyataan, ada perubahan dan memberikan peluang kepada saya untuk melaksanakan tanggungjawab untuk meneruskan tugas tanpa gangguan dari sudut pertikaian keabsahan," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Dewan Rakyat
#ahli Parlimen
#tatasusila
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan