MALAYSIA
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan bertekad memperkukuh dan mempercepat agenda pembangunan Sabah susulan pembentukan kerajaan negeri yang baharu. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan bertekad memperkukuh dan mempercepat agenda pembangunan Sabah susulan pembentukan kerajaan negeri yang baharu.
Menerusi hantaran dalam Facebook hari ini, Anwar berkata usaha itu akan dilaksanakan melalui pelaburan strategik, ekonomi inklusif, pemerkasaan infrastruktur asas serta penciptaan peluang pekerjaan berkualiti, selaras dengan potensi sebenar negeri di bawah bayu.
"Sabah terus mengorak melangkah sebagai negeri yang lebih maju dan makmur di bawah Kerajaan MADANI melalui pelaksanaan dasar berteraskan komitmen terhadap MA63 (Perjanjian Malaysia 1963), pengurusan infrastruktur yang lebih berkesan.
"... serta pemerkasaan sektor teras seperti tenaga, pelancongan, pertanian moden, ekonomi biru, selain jaminan keselamatan dan kedaulatan yang lebih kukuh dan utuh," kata beliau.
Anwar berkata semua inisiatif yang dirancang akan dilaksanakan dengan semangat kebersamaan, ketelusan dan tanggungjawab agar manfaat pembangunan dapat dinikmati rakyat Sabah secara saksama, termasuk di kawasan luar bandar dan pedalaman.
-- BERNAMA