MALAYSIA
PM Anwar tekan kepentingan kerjasama Gerakan Belia 4B dengan akar umbi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Tertinggi Gerakan Belia 4B yang diketuai pengerusinya Mohd Ridhwan Mohd Ali, hari ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memperkukuh semangat serta mempererat penyelarasan antara Gerakan Belia 4B Malaysia (Belia 4B) dengan kumpulan belia di peringkat akar umbi agar gerakan itu terus relevan dan berimpak.
Ringkasan AI
Menerusi hantaran Facebook, beliau berkata perkara itu dibincangkan semasa menerima kunjungan hormat daripada Majlis Tertinggi Gerakan Belia 4B yang diketuai pengerusinya Mohd Ridhwan Mohd Ali, hari ini.
Menurut Anwar, pertemuan itu bertujuan membincangkan peluang kerjasama strategik dengan Kerajaan Persekutuan dalam memperkasakan agenda belia sebagai pemacu kemajuan negara.
"Pesanan juga dititipkan agar Gerakan Belia 4B memastikan setiap perancangan masa depan diselaraskan dengan Kementerian Belia dan Sukan serta agensi berkaitan supaya pelaksanaannya menyeluruh, berkesan dan menepati aspirasi generasi muda hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tekankan pentingnya memperkukuh semangat Belia 4B Malaysia.
- Pertemuan bertujuan diskusikan kerjasama strategik dengan Kerajaan Persekutuan.
- Pesanan agar perancangan Belia 4B selaras dengan Kementerian Belia dan Sukan.
Menerusi hantaran Facebook, beliau berkata perkara itu dibincangkan semasa menerima kunjungan hormat daripada Majlis Tertinggi Gerakan Belia 4B yang diketuai pengerusinya Mohd Ridhwan Mohd Ali, hari ini.
Menurut Anwar, pertemuan itu bertujuan membincangkan peluang kerjasama strategik dengan Kerajaan Persekutuan dalam memperkasakan agenda belia sebagai pemacu kemajuan negara.
"Pesanan juga dititipkan agar Gerakan Belia 4B memastikan setiap perancangan masa depan diselaraskan dengan Kementerian Belia dan Sukan serta agensi berkaitan supaya pelaksanaannya menyeluruh, berkesan dan menepati aspirasi generasi muda hari ini," katanya.
-- BERNAMA
#Gerakan Belia 4B Malaysia
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#belia peringkat akar umbi
#Mohd Ridhwan Mohd Ali