MALAYSIA
PM Anwar terima kunjungan hormat ahli lembaga World Scout Foundation
Anwar ketika menerima kunjungan hormat daripada Ahli Lembaga World Scout Foundation (WSF), YM Puteri Sama Faisal Al-Saud pada Khamis. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada YM Puteri Sama bint Faisal Al Saud, Ahli Lembaga World Scout Foundation (WSF), semalam.
Kunjungan tersebut diadakan sempena penganjuran acara 77th World Baden-Powell Fellowship Event yang berlangsung di Kuala Lumpur sehingga 26 Oktober.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak membincangkan peranan WSF dalam memperkasakan generasi muda di peringkat global, termasuk inisiatif Messengers of Peace yang memberi impak besar terhadap pembangunan belia dan keamanan sejagat.
Anwar turut menekankan bahawa Malaysia dan Arab Saudi berkongsi aspirasi dalam memperkukuh hubungan dua hala, khususnya dalam bidang pembangunan belia, inovasi sosial dan diplomasi budaya.
Beliau menyatakan harapan agar kerjasama ini terus diperkukuh dan menjadi platform penting dalam menjunjung nilai kemanusiaan sejagat.