awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar terima kunjungan hormat CFM, bincang usaha perkukuh perpaduan

Bernama
Bernama
29/10/2024
10:45 MYT
PM Anwar terima kunjungan hormat CFM, bincang usaha perkukuh perpaduan
Anwar berkata pertemuan itu penting untuk bertukar pandangan serta memahami keperluan masyarakat pelbagai agama di negara ini. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) Cor Episcopa Philip Thomas di Bangunan Parlimen hari ini, bagi membincangkan usaha memperkukuhkan perpaduan.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu juga penting untuk bertukar pandangan serta memahami keperluan masyarakat pelbagai agama di negara ini.
"Pertemuan ini merupakan platform yang signifikan untuk saya mendengar hal-hal terkait kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"Saya percaya bahawa kerjasama erat antara pelbagai agama adalah kunci kepada keharmonian dan kemajuan negara kita hatta melangkah maju ke arah Malaysia yang lebih inklusif dan sejahtera untuk semua," katanya.
Anwar berharap usaha dan kerjasama itu akan mengukuhkan lagi ikatan perpaduan dan keharmonian dalam negara tercinta ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Persekutuan Kristian Malaysia
#Cor Episcopa Philip Thomas
#memperkukuhkan perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan