MALAYSIA
PM Anwar terima kunjungan hormat Presiden Majlis Senator Malaysia
Perdana Menteri Anwar menerima kunjungan hormat Presiden Majlis Senator Malaysia, Khairudin E.S. Abd Samad di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, pada Isnin. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menerima kunjungan hormat Presiden Majlis Senator Malaysia, Datuk Seri Khairudin E.S. Abd Samad di bangunan Parlimen, di sini.
Menerusi hantaran Facebook, Anwar berkata, pertemuan itu, antara lain membincangkan peranan Majlis Senator dalam memperkukuh tadbir urus dan pembangunan negara.
"Kami turut bertukar pandangan mengenai peranan strategik Majlis Senator dalam memastikan kualiti undang-undang negara terpelihara agar dasar Kerajaan MADANI dilaksanakan dengan kukuh dari sudut perundangan," kata beliau.
Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Isnin.
-- BERNAMA