Skip to main content

Malaysia

PM Anwar terima kunjungan Ketua Umum DDII, bincang perkembangan dakwah Islam

Anwar berkata pertemuan dengan Fathurrahman petang tadi di Putrajaya turut menjadi ruang untuk bertukar pandangan tentang gerakan dakwah Islam di Malaysia dan Indonesia serta perkembangan isu antarabangsa. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar berkata pertemuan dengan Fathurrahman petang tadi di Putrajaya turut menjadi ruang untuk bertukar pandangan tentang gerakan dakwah Islam di Malaysia dan Indonesia serta perkembangan isu antarabangsa. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

Advertisement

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Ketua Umum Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia, Fathurrahman Mahfudz, di Putrajaya hari ini.
  • Pertemuan membincangkan perkembangan dakwah Islam, cabaran umat masa kini, serta isu antarabangsa berkaitan Malaysia dan Indonesia.
  • Anwar menekankan hubungan erat berteraskan legasi tokoh dakwah Indonesia seperti Mohammad Natsir dan Buya Hamka dalam memperkukuh dakwah di Nusantara.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Ketua Umum Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia (DDII) Fathurrahman Mahfudz bagi membincangkan perkembangan dakwah Islam dan cabaran umat masa kini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan dengan Fathurrahman petang tadi di Putrajaya turut menjadi ruang untuk bertukar pandangan tentang gerakan dakwah Islam di Malaysia dan Indonesia serta perkembangan isu antarabangsa.

Beliau berkata hubungan erat yang terjalin sejak sekian lama itu turut berteraskan legasi tokoh dakwah dan negarawan Indonesia, Mohammad Natsir serta Buya Hamka, ulama, sasterawan dan pemikir Islam tersohor yang banyak menyumbang kepada perkembangan dakwah dan pemikiran Islam di Nusantara.

“Saya mendoakan agar DDII terus menyuluh jalan dakwah dan menyuburkan amal bakti agar ilmu menemukan jalannya ke hati, dan khidmat menjangkau mereka yang memerlukan.

“Semoga setiap ikhtiar menjadi teduh buat yang lelah, harapan buat yang resah, serta manfaat yang berpanjangan buat umat terbanyak,” kata beliau.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement