MALAYSIA
PM Anwar terima kunjungan Menteri Pertahanan Singapura di Parlimen
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Menteri Pertahanan Singapura Chan Chun Sing di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Menteri Pertahanan Singapura Chan Chun Sing di Bangunan Parlimen, hari ini.
Dalam pertemuan itu, perbincangan menumpukan kepada kerjasama dalam bidang keselamatan dan pertahanan serantau selaras dengan aspirasi ASEAN untuk mengekalkan keamanan serta kestabilan di Asia Tenggara.
Anwar turut merakamkan penghargaan kepada republik itu atas sokongan terhadap dialog damai Kemboja-Thailand.
"Saya juga menyampaikan penghargaan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-60 Singapura, selain menyatakan harapan terhadap Sesi Pemukiman Tahunan Pemimpin Malaysia-Singapura pada Disember nanti," kata beliau dalam kenyataan menerusi media sosialnya hari ini.
-- BERNAMA

#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#terima kunjungan
#Menteri Pertahanan Singapura Chan Chun Sing
#Parlimen