MALAYSIA
PM Anwar terima ‘Order of the Republic’, penghormatan tertinggi Turkiye
Perdana Menteri menzahirkan rasa syukur dan rendah diri atas pengiktirafan tersebut. - Foto PMO
ANKARA: Malaysia terus mengukuhkan kedudukan diplomatiknya di pentas antarabangsa apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Order of the Republic, salah satu penghormatan tertinggi Republik Türkiye yang disampaikan oleh Presiden Recep Tayyip Erdoğan.
Penganugerahan itu diberikan sebagai pengiktirafan terhadap usaha berterusan Malaysia memperkukuh hubungan dua hala, termasuk kerjasama strategik merentasi pelbagai sektor antara kedua-dua negara.
Dalam kenyataan beliau, Perdana Menteri menzahirkan rasa syukur dan rendah diri atas pengiktirafan tersebut, sambil menegaskan bahawa anugerah itu bukan diterima atas kapasiti peribadi, sebaliknya bagi pihak seluruh rakyat Malaysia.
“Penghormatan ini mencerminkan keakraban persahabatan yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Türkiye, berteraskan kepercayaan, saling menghormati serta aspirasi bersama untuk keamanan dan kemakmuran sejagat,” katanya.
Order of the Republic lazimnya dikurniakan kepada ketua kerajaan asing yang memainkan peranan signifikan dalam mempererat hubungan dengan Türkiye, termasuk dalam aspek diplomasi, keselamatan, perdagangan dan pembangunan.
Perdana Menteri turut berharap penganugerahan itu menjadi pemangkin kepada kerjasama lebih kukuh antara Malaysia dan Türkiye, khususnya dalam bidang strategik yang memberi manfaat langsung kepada rakyat kedua-dua negara.
Lawatan rasmi Perdana Menteri ke Türkiye dari 6 hingga 8 Januari merupakan sebahagian daripada usaha memperluas kerjasama dua hala, termasuk dalam sektor pertahanan, teknologi, perdagangan, pendidikan serta bantuan kemanusiaan.
Wisma Putra sebelum ini berkata, selain pertemuan empat mata dengan Presiden Erdoğan, delegasi Malaysia dijadual mengadakan sesi libat urus bersama pemimpin kanan Türkiye, pemain industri serta institusi strategik bagi meneroka peluang kerjasama baharu.
Lawatan ini juga dijangka memperkukuh hubungan yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, terutama selepas peningkatan kerjasama pertyahanan dan perdagangan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.