NATIONAL
PM Anwar tiba di Tawau untuk rasmi penutupan PMR 2025 Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Tawau untuk merasmikan Majlis Penutupan Program MADANI Rakyat 2025 Sabah. -Facebook
TAWAU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Tawau di sini dengan pesawat khas pada pukul 1.30 tengah hari bagi merasmikan Majlis Penutupan Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Peringkat Negeri Sabah di Dataran Majlis Perbandaran Tawau.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Tawau untuk merasmikan Majlis Penutupan Program MADANI Rakyat 2025 Sabah.
- Anwar akan menyempurnakan Penyerahan Projek Siap Tamu Desa Sabah, menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Usahawan Sabah, dan melancarkan Program Solar MADANI.
- Anwar dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor akan melakukan tinjauan mesra di program tersebut.
Ketibaan Anwar disambut oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, bersama barisan kepimpinan tempatan.
Terdahulu, Anwar berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 12.45 tengah hari selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman, di Istana Seri Kinabalu.
Ketika ketibaan beliau di Kota Kinabalu, Anwar turut disambut oleh Hajiji serta anggota Kabinet negeri.
Pada majlis penutupan PMR 2025 Sabah itu, perdana menteri dijadual menyempurnakan Penyerahan Projek Siap Tamu Desa Sabah, menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Usahawan Sabah, serta melancarkan Program Solar MADANI.
Selepas itu, Anwar dan Hajiji akan melakukan tinjauan mesra bagi melihat sendiri perkhidmatan yang disediakan agensi dan jabatan Persekutuan sepanjang program tiga hari yang bermula pada 9 Mei lepas.
-- BERNAMA