HANOI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini tiba di Hanoi untuk lawatan rasmi dua hari ke Vietnam atas jemputan rakan sejawatnya Pham Minh Chinh.
Pesawat khas membawa Perdana Menteri dan isteri, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai di sini pada 1 tengah hari (waktu tempatan).
Sebaik tiba, Anwar dan isteri disambut Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Vietnam yang juga Menteri Pengiring Nguyen Van Hung dan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli.
Turut hadir untuk menyambut Perdana Menteri dan isteri di lapangan terbang itu, Ketua Setiausaha Kementeian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin.
Anwar dijadual diberikan sambutan rasmi oleh Chinh di Istana Presiden sebelum kedua-dua pemimpin itu mengadakan mesyuarat bilateral di Government Office.
Selepas mesyuarat bilateral tersebut Perdana Menteri akan menyaksikan pemeteraian Memorandum Kerjasama di antara Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dengan Dewan Perniagaan dan Industri Vietnam (VCCI).
Perdana Menteri serta rakan sejawatnya juga akan menyaksikan majlis menandatangani pengesahan dokumen minit hasil Mesyuarat ke-7 Suruhanjaya Bersama Ekonomi, Saintifik dan Kerjasama Teknologi (JJCM-7) antara Malaysia dengan Vietnam.
Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam (CPV) Ngunyen Phu Trong di ibu pejabat CPV, petang ini.
Anwar juga akan menghadiri jamuan makan malam rasmi dihoskan Chinh di Government Office.
Esok Anwar dijadualkan akan menghadiri forum Perniagaan Malaysia-Vietnam sebelum ke Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri bersama diaspora Malaysia di Hanoi.
Anwar juga dijadualkan untuk mengadakan kunjungan hormat dengan Pengerusi Dewan Rakyat Vietnam Vong Dinh Hue di Bangunan Dewan Rakyat, sebelum ke Book Street di Dinh Le Street di mana beliau dan rakan sejawat akan betukar-tukar buku, sebelum menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Al Noor.
Beliau juga akan mengadakan kunjungan hormat dengan Presiden Vietnam Vo Van Thuong di Istana Presiden, diikuti sidang media bersama media Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Vietnam merupakan negara Asean kelapan dikunjungi Anwar, sejak beliau dilantik sebagai Perdana Menteri, November tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023
Anwar dan isteri disambut Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Vietnam yang juga Menteri Pengiring Nguyen Van Hung. - Foto BERNAMA
Indeks Kebebasan Media: Fahmi minta Wan Saiful insaf
Fahmi membidas kenyataan Wan Saiful yang menyalahkan beliau atas kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media bagi tahun ini.
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 akan membuka tirai Isnin depan.
PM Anwar saksi penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta.
Kereta, rumah pemandu lori ditembak ketika nyenyak tidur
Seorang pemandu lori terkejut dan bingung selepas mendengar tembakan di pekarangan rumahnya ketika sedang tidur.
Kerajaan naikkan gaji walaupun warisi hutang
Walaupun mewarisi hutang yang besar, kerajaan tidak melepaskan tanggungjawab untuk menjaga dan membela nasib penjawat awam, untuk menaikkan gaji.
Kenaikan gaji hargai penjawat awam termasuk pasukan bomba - Anwar
Keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah bagi menghargai pengorbanan dan sumbangan mereka terutama ketika negara berdepan bencana dan kejadian tidak diingini.
Sivasangari ketepi gangguan, teruskan prestasi cemerlang untuk kejohanan dunia
Apa 'kata-kata hikmat' yang disampaikan oleh Juara Dunia sebanyak lapan kali, Datuk Nicol David, kepada Sivasangari?
Pesawat terhempas: Polis serah siasatan kepada CAAM
Polis serahkan kepada pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) membuat siasatan berhubung pesawat ringan terhempas di Trolak, Perak.
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim sedang jalani latihan penerbangan - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang dekat Felda Gunung Besout 2, Sungkai di Tanjung Malim pada Sabtu dilaporkan sedang menjalani latihan penerbangan.
PM Anwar saksi penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta.
PM Anwar rasmi Taman Rekreasi Madani Woodlands
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Taman Rekreasi Madani Woodlands di Ipoh bagi kemudahan rekreasi dan riadah orang ramai.
Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.
Ada pemimpin kritik kenaikan gaji penjawat awam - PM Anwar
Susulan pengumuman skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada pemimpin yang tidak berpuas hati engan keputusan itu.
Kemelut PKR Sabah: Tunggu Anwar umum Pengerusi MPN
Semua pihak diminta bersabar untuk menunggu keputusan daripada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu.
Malaysia berpeluang berkembang dengan manfaat kemajuan teknologi AI
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya dalam teknologi itu - PM
Jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Gaji penjawat awam boleh dinaikkan dengan kawalan pengurusan kewangan - PM
Ketegasan dalam menguruskan kewangan juga mampu untuk memberikan lebih banyak manfaat serta barakah selepas ini kepada kumpulan terbabit.
Anwar solat Jumaat di Masjid Kg Sungai Merab
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Kampung Sungai Merab di Kajang.
Kerajaan Kelantan ucap terima kasih kepada PM
Mohd Nassuruddin Daud mengucapkan terima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana memberi layanan sama rata kepada Kelantan seperti negeri-negeri lain.