MALAYSIA
PM Anwar tinjau situasi bencana di Sabah
Ketibaan Perdana Menteri disambut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta menteri-menteri Kabinet negeri dan Persekutuan. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sabah kira-kira 2 petang hari ini untuk meninjau situasi bencana yang melanda negeri itu sejak minggu lepas dan menjejaskan beberapa daerah termasuk kejadian tanah runtuh sehingga meragut 13 nyawa.
Ringkasan AI
Ketibaan Perdana Menteri disambut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta menteri-menteri Kabinet negeri dan Persekutuan.
Perdana Menteri kemudian diberi taklimat mengenai situasi bencana oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong di Bilik Taklimat Lapangan Terbang Antarabangsa Tanjung Aru.
Anwar dijadualkan membuat tinjauan ke lokasi tanah runtuh di Country Heights Penampang sebelum melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kolopis di Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis, Penampang.
Beliau juga akan berkunjung ke PPS Kampung Sarapung, Penampang bagi meluangkan masa mendengar permasalahan dihadapi mangsa.
Pada akhir lawatan sehari ke Sabah itu, Perdana Menteri akan turut meninjau kawasan tanah runtuh di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Kota Kinabalu yang mengalami kerosakan sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang ini.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, jumlah mangsa banjir setakat 12 tengah hari ini menurun kepada 2,467 orang membabitkan 766 keluarga berbanding 2,602 orang membabitkan 806 keluarga pagi tadi.
Hujan berterusan sejak minggu lepas menyebabkan banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan di negeri itu sehingga meragut 14 nyawa termasuk seorang korban banjir setakat ini.
Anwar pada Isnin lepas (15 Sept) meluluskan peruntukan segera RM10 juta menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membantu mangsa terjejas banjir di negeri berkenaan.
Menurut Perdana Menteri, jumlah itu adalah tambahan kepada RM11 juta yang telah disalurkan melalui kerajaan negeri bagi tujuan pembaikan segera kemudahan asas di kawasan terlibat.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim tiba di Sabah untuk meninjau situasi bencana, termasuk tanah runtuh yang meragut 13 nyawa dan banjir yang menjejaskan ribuan mangsa.
- Lawatan beliau merangkumi taklimat rasmi, tinjauan ke lokasi tanah runtuh dan pusat pemindahan sementara (PPS) di Penampang dan Kota Kinabalu bagi mendengar sendiri masalah mangsa.
- Kerajaan telah meluluskan peruntukan segera RM10 juta melalui NADMA, tambahan kepada RM11 juta yang disalurkan sebelum ini untuk pembaikan kemudahan asas di kawasan terjejas.