MALAYSIA

PM Anwar tunai solat Jumaat di Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara

Bernama 29/08/2025 | 07:05 MYT
Anwar menyantuni jemaah ketika hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara 5, hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara, Puchong, bersama kira-kira 1,000 jemaah.


Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara bersama kira-kira 1,000 jemaah.
  • Turut hadir ialah Timbalan Ketua Polis Selangor dan penyanyi Maher Zain, dengan khutbah bertemakan perpaduan dan kemerdekaan.
  • Anwar beramah mesra dengan jemaah selepas solat sebelum beredar pulang.


Beliau tiba pada 1.25 tengah hari dengan mengenakan baju Melayu berwarna biru cair lengkap bersongkok, sebelum disambut mesra oleh pengurusan masjid serta para jemaah yang hadir lebih awal.

Turut menyambut beliau ialah Timbalan Ketua Polis Selangor Mohd Zaini Abu Hassan dan penyanyi penyanyi antarabangsa, Maher Zain.

Solat Jumaat itu dipimpin oleh imam Ustaz Ismail Hasan.

Dalam khutbah bertajuk "Perpaduan Kunci Kemerdekaan yang Berkekalan", jemaah diingatkan agar menghayati nilai-nilai yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara bagi mengekalkan perpaduan sesama kaum, sekali gus memelihara nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama 68 tahun.

Selesai solat, Perdana Menteri mengambil peluang beramah mesra dengan jemaah yang hadir sebelum beredar pulang.

-- BERNAMA



#Anwar Ibrahim #Solat Jumaat #Masjid Al-Ehsan #Maher Zain