NATIONAL

PM Anwar ucap Selamat Hari Ibu, sifatkan ibu tunjang utama corak generasi berakhlak, berilmu

Astro Awani 11/05/2025 | 04:50 MYT
Anwar Ibrahim menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu di negara ini, sempena sambutan Hari Ibu pada Ahad. -Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu di negara ini, sempena sambutan Hari Ibu pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di Malaysia.
  • Anwar menekankan peranan ibu sebagai tunjang utama dalam membentuk generasi yang berakhlak dan berilmu.
  • Anwar berkongsi gambar bersama isteri dan ibunya sebagai simbol kasih sayang dan penghargaan.

Menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasminya, Anwar menyifatkan golongan ibu sebagai tunjang utama dalam membentuk serta mencorak generasi penerus yang berakhlak, berilmu dan bersedia memimpin masa depan dengan sikap belas ihsan yang tinggi.
Menurut beliau, peranan ibu bukan sekadar menjadi permaisuri dalam keluarga, sebaliknya menjadi asas kelahiran sebuah keluarga serta masyarakat yang bermaruah, unggul dan madani.
"Ibu bukan sekadar permaisuri dalam keluarga, tetapi tunjang utama dalam membentuk serta mencorak generasi penerus yang berakhlak, berilmu dan bersedia memimpin masa depan dengan sikap belas yang tinggi beserta curahan bakti dan kasih sayang," tulis Anwar.
Dalam hantaran sama, Perdana Menteri turut berkongsi sekeping gambar bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ibunya, Che Yan Hussein sebagai simbol kasih sayang dan penghargaan terhadap insan yang membesarkannya.
#Anwar Ibrahim #Hari Ibu #isteri dan ibu #tunjang utama #berakhlak dan berilmu