MALAYSIA
PM Anwar ucap selamat hari lahir kepada Presiden Timor-Leste
Malaysia menghargai hubungan persahabatan yang erat dan kerjasama strategik yang terjalin antara kedua-dua negara. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan selamat hari lahir kepada Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, Dr Jose Ramos-Horta, sambil mendoakan agar beliau terus dikurniakan kesihatan yang baik, serta kebijaksanaan dalam menerajui kepimpinan negara tersebut.
Ringkasan AI
Kata Perdana Menteri, Malaysia menghargai hubungan persahabatan yang erat dan kerjasama strategik yang terjalin antara kedua-dua negara, khususnya dalam usaha memperkukuh hubungan serantau di bawah kerangka ASEAN.
"Malaysia menghargai persahabatan erat dan kerjasama strategik dengan Timor-Leste, terutamanya dalam memperkukuhkan hubungan dalam ASEAN.
"Semoga hubungan dua hala kita terus berkembang demi kesejahteraan kedua-dua negara dan kejayaan serantau," katanya dalam hantaran di media sosial.
Hubungan dua hala Malaysia–Timor-Leste disifatkan terus berkembang secara positif, merangkumi pelbagai bidang kerjasama yang memberi manfaat bersama, termasuk pembangunan serantau dan kestabilan geopolitik.
Tambah Anwar, Malaysia berharap agar hubungan diplomatik dan kerjasama antara kedua-dua negara akan terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat masing-masing serta kejayaan dan kemakmuran rantau ini secara keseluruhan.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat hari lahir kepada Presiden Timor-Leste, Jose Ramos-Horta, sambil mendoakan kesihatan dan kebijaksanaan beliau dalam memimpin negara tersebut.
- Perdana Menteri Malaysia menekankan nilai hubungan persahabatan dan kerjasama strategik antara Malaysia dan Timor-Leste, terutamanya dalam kerangka ASEAN.
- Hubungan dua hala Malaysia-Timor-Leste terus berkembang positif dengan kerjasama dalam bidang pembangunan serantau dan kestabilan geopolitik, diharapkan untuk kesejahteraan kedua negara dan keseluruhan rantau.