MALAYSIA
PM Anwar ucap selamat maju jaya kepada calon SPM
Peperiksaan SPM 2025 membabitkan 413,372 calon bermula hari ini hingga 23 Dis di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 hari ini.
Ringkasan AI
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata inilah saat untuk mereka menterjemahkan segala usaha, pengorbanan, malam tanpa lena, serta setiap doa yang tidak pernah putus selama ini.
"Kekal tenang, yakin pada diri dan teruskan berdoa. Insya-Allah, doa ibu bapa, guru serta seluruh rakyat Malaysia turut bersama mengiringi langkah kalian.
"Moga setiap usaha diberkati, setiap langkah dipermudah dan anda semua memperoleh keputusan cemerlang," kata Perdana Menteri.
Menurut Kementerian Pendidikan, peperiksaan SPM 2025 membabitkan 413,372 calon bermula hari ini hingga 23 Dis di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- PM Anwar Ibrahim ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2025 yang mula menduduki peperiksaan hari ini, sambil menasihatkan mereka kekal tenang dan yakin.
- Peperiksaan SPM berlangsung dari 3 Nov hingga 23 Dis melibatkan 413,372 calon di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.
- PM doakan usaha pelajar diberkati dan dipermudah serta berharap mereka memperoleh keputusan cemerlang.