PM Anwar ucap selamat raikan Good Friday dan Easter

Bernama
April 7, 2023 10:19 MYT
Anwar mengajak semua rakyat untuk meluangkan sedikit masa bagi menyampaikan kata-kata indah kepada mereka yang menyambut perayaan itu. - FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada rakyat Malaysia yang meraikannya.
Menerusi catatan di akaun Facebook beliau hari ini, Anwar mengajak semua rakyat untuk meluangkan sedikit masa bagi menyampaikan kata-kata indah kepada mereka yang menyambut perayaan itu.
"Semoga kerukunan ini dapat dipelihara dan kemajmukan dapat diperkukuh sesama warga," katanya.
Penganut Kristian menyambut Good Friday hari ini dan Easter pada 9 April ini.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #Good Friday #Perdana Menteri #Easter