PM Anwar ucap selamat tahun baharu buat masyarakat Telugu

Bernama
April 9, 2024 08:20 MYT
Anwar berharap sambutan pada kali ini membawa lebih kemuliaan dan kemakmuran kepada semua yang meraikannya. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut tahun baharu kepada masyarakat Telugu sempena Ugadi atau Tahun Baharu Telugu.
Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berharap sambutan pada kali ini membawa lebih kemuliaan dan kemakmuran kepada semua yang meraikannya.
"Mewakili seluruh rakyat Malaysia saya ingin mengucapkan Ugadi subhakankshalu," menurut catatan itu.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #selamat menyambut tahun baharu #ugadi #masyarakat Telugu