[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
NATIONAL

PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin

Bernama 13/12/2024 | 06:29 MYT
Anwar mengucapkan tahniah kepada skuad FAM eRimau dan Ahmad Muhaimin (Minbappe) atas kemenangan mereka di FIFAe World Cup 2024 Ft. eFootball Mobile. -X Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad FAM eRimau dan pemain negara Ahmad Muhaimin yang menjuarai saingan FIFAe World Cup 2024 Ft. eFootball Mobile.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad FAM eRimau dan Ahmad Muhaimin (Minbappe) atas kemenangan mereka di FIFAe World Cup 2024 Ft. eFootball Mobile.
  • Dalam aksi final, skuad FAM eRimau menewaskan Maghribi 2-0, dengan Ahmad Muhaimin memenangi perlawanan pertama 3-0 dan perlawanan kedua 2-0, membawa pulang hadiah wang tunai RM80,000.
  • Malaysia menjadi negara ASEAN pertama memenangi kejohanan tersebut.

"Terus cemerlang dan harumkan nama negara di pentas dunia," kata Anwar menerusi X hari ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
Malaysia yang diwakili Ahmad Muhaimin atau dikenali sebagai Minbappe memenangi perlawanan pertama 3-0 dan perlawanan kedua 2-0 untuk bergelar juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM80,000.
Malaysia merupakan negara ASEAN pertama memenangi kejohanan itu.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #skuad FAM eRimau #Ahmad Muhaimin #Minbappe #FIFAe World Cup 2024 #eFootball Mobile