KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Datuk Karam Singh Walia atas pemergian wartawan penyiaran terkenal itu pada awal pagi tadi.
Anwar menerusi hantaran di Facebook turut menyifatkan mendiang sebagai wartawan penyiaran yang amat dihormati.
Advertisement
“Sumbangan dan dedikasi mendiang dalam dunia kewartawanan, khususnya dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu alam sekitar akan terus dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
“Moga mendiang disemadikan dengan aman, dan keluarga diberi ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi saat yang sukar ini,” katanya.
Karam Singh, 67, meninggal dunia pada 3.30 pagi tadi di kediamannya di Klang, Selangor.
Perkara itu dimaklumkan oleh adiknya, Jasbant Singh yang juga Pengarang Urusan Kumpulan (GME), Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Berhad.
-- BERNAMA