MALAYSIA

PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Diraja Selangor

Bernama 28/09/2025 | 10:35 MYT
Sultan Sharafuddin berkenan mengaminkan doa ketika memberi penghormatan terakhir kepada jenazah bonda Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Esah Tahar, pada majlis pengebumian hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin atas pemergian bonda kepada Tengku Permaisuri.


Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Norashikin atas pemergian bonda Tengku Permaisuri, Hajah Esah Tahar.
  • Allahyarham Hajah Esah Tahar meninggal dunia pada usia 82 tahun akibat sakit tua, dan jenazah telah selamat dikebumikan di Makam Diraja, Shah Alam.
  • Perdana Menteri mendoakan keampunan dan rahmat Allah SWT ke atas roh Allahyarham, serta ketabahan buat seluruh keluarga Diraja Selangor.


Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan keampunan dan rahmat-Nya ke atas roh Allahyarham Hajah Esah Tahar.

"Semoga seluruh keluarga Diraja Selangor diberikan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini," kata beliau dalam hantaran itu.

Allahyarham Esah menghembuskan nafas terakhir pada usia 82 tahun di sebuah hospital di Damansara pada 5.15 pagi tadi, kerana sakit tua.

Jenazah selamat dikebumikan di Makam Diraja, Shah Alam kira-kira 2.45 petang tadi.

-- BERNAMA





#Anwar Ibrahim #ucapkan takziah #pemergian bonda #Tengku Permaisuri Norashikin #Sultan Sharafuddin Idris Shah