awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar umum penghargaan buat rakyat 10.30 pagi ini

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2025
01:50 MYT
PM Anwar umum penghargaan buat rakyat 10.30 pagi ini
Anwar berharap insentif yang bakal diumumkan dapat memberikan manfaat menyeluruh dan menjadi refleksi komitmen bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tumpuan hari ini bakal terarah kepada pengumuman khas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penghargaan kepada rakyat Malaysia, yang dijadual berlangsung pada 10.30 pagi.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim akan umum penghargaan khas kepada rakyat pada 10.30 pagi.
  • Inisiatif mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI terhadap kesejahteraan rakyat.
  • Disiarkan langsung di Astro AWANI, dijangka sentuh isu kos sara hidup.

Menerusi kemas kini di laman Facebook rasminya, Perdana Menteri memaklumkan bahawa pengumuman ini dibuat sebagai tanda keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap rakyat yang sentiasa teguh menyokong usaha reformasi.
Beliau berharap insentif yang bakal diumumkan dapat memberikan manfaat menyeluruh dan menjadi refleksi komitmen bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera.
Minggu lalu, Anwar telah memberi bayangan bahawa beliau akan membuat pengumuman besar sebagai bentuk penghargaan luar biasa kepada rakyat, mencetuskan pelbagai spekulasi serta harapan dalam kalangan masyarakat.
Beliau sebelum ini menyatakan pengumuman tersebut mungkin dilakukan pada Isnin atau Selasa, dan dijangka ada kaitan dengan langkah menangani kos sara hidup.
Astro AWANI akan menyiarkan secara langsung pengumuman penghargaan tersebut pada pukul 10.30 pagi ini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#pengumuman khas
#penghargaan
#Kerajaan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan