MALAYSIA
PM Anwar umum penghargaan luar biasa kepada rakyat 10.30 pagi esok - Fahmi
Perdana Menteri Anwar dijangka membuat satu pengumuman penting berkaitan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia pada Rabu ini (esok), kata Fahmi - Gambar fail Jabatan Penerangan
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat satu pengumuman penting berkaitan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia pada Rabu ini (esok).
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, pengumuman itu akan dibuat pada jam 10.30 pagi, 23 Julai 2025.
Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan bentuk penghargaan tersebut namun memberi bayangan ia melibatkan sesuatu yang bersifat menyeluruh dan memberi manfaat kepada rakyat.
"YAB Perdana Menteri akan membuat pengumuman berkenaan penghargaan buat semua rakyat Malaysia," katanya ringkas dalam hantaran di akaun media sosial beliau, hari ini.
Pengumuman berkenaan dijangka menarik perhatian ramai ketika kerajaan terus memberi penekanan kepada agenda kesejahteraan rakyat dan pemulihan ekonomi negara.