awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar, Wan Azizah titip doa buat Putera Mateen, pasangan

Bernama
Bernama
14/01/2024
11:21 MYT
PM Anwar, Wan Azizah titip doa buat Putera Mateen, pasangan
Istiadat Persandingan Diraja Putera Mateen dan Dayang Anisha berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan hari ini. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga perkahwinan anakanda Sultan Brunei Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bersama Dayang Anisha Rosnah diberkati serta dirahmati Allah.
Anwar dalam catatan di laman Facebook memaklumkan mereka amat berbesar hati menerima jemputan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha ke Istiadat Persandingan Diraja putera baginda berdua yang berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan hari ini.
"Dititipkan doa semoga perkahwinan ini diberkati dan dirahmati Allah SWT," tulis beliau yang turut memuat naik beberapa keping gambar istiadat persandingan tersebut.
Menerusi catatan itu, Anwar juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan pemimpin ASEAN lain yang hadir ke majlis tersebut antaranya Presiden Indonesia Joko Widodo, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
Putera Abdul Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar Ali Saifuddien pada Khamis lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Putera Mateen
#Dayang Anisha
#Anwar Ibrahim
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan