MALAYSIA
PM Anwar zahir solidariti kepada delegasi Malaysia dalam misi ke Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat panggilan video bersama delegasi Malaysia yang terlibat dalam misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG). - Foto Astro AWANI
PERAIRAN GREECE: Perdana Menteri meluangkan masa membuat panggilan video bersama delegasi Malaysia yang terlibat dalam misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG) pada Sabtu.
Ringkasan AI
Menerusi perbualan tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bertanyakan khabar sekali gus mendoakan agar misi anjuran FFC dan TMTG ini berjalan lancar.
“Saya mendoakan agar misi berjalan lancar dan berjaya sampai ke Gaza.
“Rakyat Malaysia khususnya akan mendoakan anda kesejahteraan dan keselamatan anda semua,” katanya.
Selain itu, Anwar turut berkongsi perkembangan terkini mengenai nasib 23 rakyat Malaysia yang
ditahan rejim Zionis ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, dibebaskan.
Ujarnya, kesemua mereka akan dibawa ke Lapangan Terbang Ramon di Israel pada petang ini, sebelum menuju ke Istanbul, Turkiye.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- PM Anwar Ibrahim buat panggilan video bersama delegasi Malaysia dalam misi Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), mendoakan kejayaan misi ke Gaza.
- Anwar beri jaminan sokongan rakyat Malaysia terhadap keselamatan dan kesejahteraan aktivis yang terlibat dalam misi kemanusiaan tersebut.
- 23 sukarelawan Malaysia ditahan Israel dibebaskan, kini menuju ke Lapangan Terbang Ramon sebelum diterbangkan ke Istanbul untuk transit dan pemeriksaan kesihatan.
Menerusi perbualan tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bertanyakan khabar sekali gus mendoakan agar misi anjuran FFC dan TMTG ini berjalan lancar.
“Saya mendoakan agar misi berjalan lancar dan berjaya sampai ke Gaza.
“Rakyat Malaysia khususnya akan mendoakan anda kesejahteraan dan keselamatan anda semua,” katanya.
Selain itu, Anwar turut berkongsi perkembangan terkini mengenai nasib 23 rakyat Malaysia yang
ditahan rejim Zionis ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, dibebaskan.
Ujarnya, kesemua mereka akan dibawa ke Lapangan Terbang Ramon di Israel pada petang ini, sebelum menuju ke Istanbul, Turkiye.

#Freedom Flotilla Coalition
#Thousand Madleens to Gaza
#Anwar Ibrahim
#rakyat Malaysia
#Gaza
#Israel
#Global Sumud Flotilla